Mencapai Impian dan Ganjaran yang Hebat
Saya merupakan ibu kepada tiga orang anak. Dahulu, saya bekerja sebagai Penyelia Projek selama 7 tahun dan kini sudah 9 tahun saya bergelar Usahawan Shaklee. Apa yang penting, saya telah berjaya dan telah mencapai impian melalui bisnes Shaklee.
Saya mula mengetahui tentang Shaklee melalui hantaran media sosial seorang rakan mengenai vitamin untuk ibu yang menyusukan anak – saya kagum kerana benda seperti itu wujud! Sebagai ibu bekerja pada masa itu, saya memutuskan untuk mencuba Set Penyusuan (Joyful Journey Set). Asbab pengambilan produk ini, saya mendapat tahap tenaga yang tinggi dan menghasilkan susu berkualiti untuk anak saya. Seronok dengan penemuan itu, saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman di media sosial dan berhubung dengan ramai wanita yang mempunyai pengalaman dan cabaran yang sama.
Perniagaan Shaklee tidak terhad pada usia, pekerjaan, jantina dan latar belakang pendidikan – ia bukanlah hanya untuk ibu yang menyusukan anak. Ia adalah untuk setiap orang dan sesiapa sahaja yang mahu mencapai perkara yang hebat. Saya dan suami komited dalam perniagaan Shaklee dan melalui pengalaman, kami belajar banyak perkara berharga: untuk Berjaya dalam apa juga bidang, seseorang itu perlu komited kepada sasaran mereka.
Kejayaan kami menjadi lebih manis apabila berjaya melatih ramai ibu dan suri rumah untuk memperoleh pendapatan bulanan sehingga 4 ke 5 angka. Dengan Shaklee, yang penting adalah bekerja bersungguh-sungguh dan menikmati pulangan yang menyeronokkan. Saya boleh melancong ke luar negara, meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga, dan tidak perlu melaporkan kepada sesiapa kecuali pada diri sendiri. Kerana, sayalah bos kepada diri sendiri dan ia memberi kepuasan pada saya.
Saya percaya Shaklee merupakan perniagaan yang memperkasakan wanita. Model perniagaan ini membenarkan kita untuk berkembang maju, dalam masa yang sama membolehkan kita meneruskan peranan sebagai isteri dan ibu. Melalui peluang perniagaan yang hebat ini, kita boleh mewujudkan platform untuk ikon wanita bekerjaya yang mempunyai kekuatan, keyakinan, dan keanggunan.
NUR ADILAH ABD MANAF
38, Selangor