Scroll Top
19th Ave New York, NY 95822, USA

Cantik Dalaman dan Luaran

Sebagai pelajar tahun akhir Ijazah Bacelor Sains Pemakanan di UPM, Serdang, saya percaya kesihatan dalaman dan luaran tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana, satu Ketika dahulu, saya pernah mengalami masalah kulit yang mudah berjerawat dan keadaan itu menyebabkan saya berasa tidak selesa dan tidak yakin dengan diri sendiri.

Pada satu hari, saya telah membuat keputusan untuk menjaga kesihatan diri, dan atas saranan kakak saya, Fatimah, saya telah mengambil beberapa produk Shaklee, antaranya: ESP Soy Protein, Sustained Release Vita C, Vita E Complex, Vivix®, Herb-Lax, Alfalfa Complex dan Garlic Complex. Dengan pengambilan suplemen, disertakan dengan pemakanan seimbang dan tidur yang mencukupi, ia membawa perubahan besar terhadap kesihatan saya, dan sejak itu saya tidak pernah rasa menyesal mengenali Shaklee. Dengan itu, saya membina perniagaan Shaklee dan telah berkongsi kisah Shaklee Effect yang mengagumkan itu dengan ramai orang, sememangnya, perjalanan dalam Shaklees ini amatlah hebat!

Untuk memastikan kesihatan saya – dalaman dan luaran – berada pada tahap optimum, saya tidak pernah terlepas mengambil Vivix®, ESP Soy Protein, Sustained Release Vita-C, GLA Complex, OmegaGuard, Herb-Lax dan Penjagaan Kulit YOUTH™. Mengapa? Kerana satu hari nanti, saya mahu menjadi seorang ibu. Dan saya mahu memastikan badan saya mempunyai nutrien terbaik apabila hari itu tiba.

Sebagai wanita muda yang mengharungi dunia moden yang sibuk ini, saya percaya penting bagi kita untuk menjaga kecantikan luaran dan dalaman. Kerana apabila kita menjaganya, keyakinan diri kita akan meningkat. Dan apabila itu berlaku, kita boleh mencapai apa sahaja.

SITI NURMIE CHE ISMAIL
23, Kota Bharu