Scroll Top
19th Ave New York, NY 95822, USA

Susu Ibu Adalah Yang Terbaik!

Penuh dengan nutrien yang membantu dalam meningkatkan kesihatan, susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda yang baru lahir. Bagaimanapun, ia mungkin agak mencabar bagi anda sebagai ibu dalam minggu pertama. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda mulakannya.

1. AMBIL BANYAK PROTEIN
Ibu yang menyusukan anak memerlukan pengambilan protein tambahan sebanyak 13g – 19g untuk memastikan:

  • Bayi anda mendapat kesemua asid amino perlu untuk pertumbuhan mental dan fizikal.
  • Protein juga membantu menyembuhkan dan mencergaskan semula badan ibu selepas bersalin!

2. KEKAL TERHIDRAT
Air adalah kunci untuk penghasilan susu badan yang stabil kerana ia terdiri daripada 90 peratus air.

  • Sasarkan untuk minum 10 gelas air sehari bagi mengekalkan penghasilan susu badan anda
  • Untuk hasil terbaik, elakkan minuman yang bersifat diuretik seperti teh, kopi dan minuman manis.

3. KERAP SUSUKAN BAYI ANDA
Penyusuan badan umpama seperti minta-dan-beri, dan badan anda akan menghasilkan lebih banyak susu apabila terdapat permintaan.

  • Cuba selitkan sesi pengepaman tambahan sewaktu siang atau malam untuk meningkatkan kekerapan mengosongkan payudara anda.
  • Rangsangan tambahan ini akan memberi isyarat kepada badan anda untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Susukan bayi anda sekerap yang boleh untuk mengekalkan pengeluaran susu setanding dengan permintaan.

4. AMBIL SUPLEMEN
Cubalah penggalak susu semula jadi – alfalfa!

  • Terkenal mempunyai fungsi galaktagog, salah satu daripada suplemen herba tradisional terkenal yang digunakan untuk menggalakkan penghasilan susu badan.

5. PASTIKAN PELEKAPAN YANG BETUL
Pastikan bayi anda dilekapkan dengan betul apabila anda menyusukannya.

  • Jika bayi anda dilekapkan dan diletakkan pada posisi yang betul, dia boleh merangsang penghasilan susu badan anda kerana susu itu dikosongkan secara lebih efisien.

6. MENDAPAT REHAT SECUKUPNYA
Tidak cukup rehat boleh menyebabkan penghasilan susu badan berkurang.

  • Cuba untuk tidur seketika apabila bayi anda tidur.
  • Tidak salah untuk mendapatkan bantuan menguruskan tugasan rumah tangga dan mintalah bantuan apabila anda perlu.

7. URUTAN PAYUDARA
Kajian menunjukkan bahawa mengamalkan urutan payudara ketika menyusukan anak dan mengepam susu membantu meningkatkan pengeluaran susu sehingga 48%.1

  • Urutan merangsang peningkatan paras prolaktin, memastikan susu badan anda mengalir.

8. BERGANTIAN PAYUDARA KETIKA PENYUSUAN
Jika anda cuba untuk menambah pengeluaran susu anda, penyusuan sebelah payudara sahaja tidak cukup!

  • Penyusuan secara bergantian payudara ini memastikan bayi anda menghabiskan susu dengan lebih cekap dan dengan itu merangsang penghasilan lebih banyak susu.

9. URUSKAN TEKANAN
Tekanan yang berpanjangan dan bertambah boleh menjejaskan penghasilan susu badan. Jadi, tenangkan diri dan nikmati proses penyusuan itu!

  • Cuba hobi baru seperti meditasi, mendengar radio atau membaca novel kegemaran anda untuk menenangkan diri.

10. SIMPAN SUSU YANG ANDA PAM
Apabila anda berada jauh dan tidak boleh menyusukan bayi, anda boleh mengepam susu anda dan menyimpannya. Oleh itu, penyimpanan susu badan yang betul sangat penting bagi memastikan susu yang dipam itu selamat. Ikuti tip berikut untuk menyimpan susu badan anda dengan betul.

GARIS PANDUAN PENYIMPANAN SUSU BADAN
Penyimpanan Sebaiknya digunakan dalam masa Masih selamat digunakan dalam masa
Beg penyejuk bertebat 24 jam 24 jam
Peti sejuk 3 hari 5 hari
Ruang Dingin Beku Peti Sejuk 2 minggu 2 minggu
Peti Sejuk Beku 6 bulan 12 bulan
  • Simpan susu dalam botol plastik atau bekas steril yang boleh ditutup.
  • Tinggalkan satu inci atau lebih dari paras susu ke bahagian atas bekas kerana ia akan mengembang apabila beku.
  • Labelkan ia dengan menulis tarikh dan nama bayi anda. Gunakan dahulu susu yang bertarikh paling lama.
  • Bekukan susu dalam jumlah kecil iaitu 2 hingga 4 auns untuk mengelakkan pembaziran.
  • Jangan simpan susu di pintu peti sejuk atau ruang dingin beku. Ini akan membantu melindungi susu daripada perubahan suhu apabila pintu peti sejuk dibuka dan ditutup.
  • Ingatlah bahawa susu yang dipam mesti disejukkan secepat yang mungkin. Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk atau di dalam bekas penyejuk berisi pek ais. Susu itu juga boleh dibekukan jika anda tidak menggunakannya terus.


Rujukan:
1. Morton, J., Hall, J., Wong, R., Thairu, L., Benitz, W., & Rhine, W. (2009). Combining hand techniques with electric pumping increases milk production in mothers of preterm infants. Journal Of Perinatology, 29(11), 757-764. doi: 10.1038/jp.2009.87