Scroll Top
19th Ave New York, NY 95822, USA

MAKAN MAKANAN YANG BETUL UNTUK KEHAMILAN YANG SIHAT

Anda perlu makan untuk dua orang kerana bayi anda yang semakin membesar memerlukan lebih banyak nutrien. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah nutrien utama yang anda perlu dapatkan daripada pemakanan seharian untuk ibu dan bayi yang sihat!

1. PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN LEBIH BAIK
Apa yang baik untuk ibu, juga baik untuk bayi. Ambil lebih banyak protein untuk:

  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi anda menjalani proses pertumbuhan yang pesat.
  • Pertumbuhan tisu payudara dan rahim optimum bagi ibu semasa hamil.

TIP KESIHATAN!
RNI: Trimester pertama: +0.5g/hari
Trimester ke-2: +8g/hari
Trimester ke-3: +25g/hari

2. BINA TULANG YANG LEBIH KUAT
Keperluan kalsium anda meningkat semasa kehamilan kepada sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari untuk:

  • Membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat.
  • Mengawalatur penggunaan cecair dalam badan ibu.
  • Mengembalikan simpanan kalsium ibu.

TIP KESIHATAN!
RNI: 20-49 tahun: 1,000 mg/hari

3. MILIKI BAYI YANG BIJAK
Asid lemak omega-3 terdiri daripada asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) yang sangat penting untuk perkara berikut:

  • Menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf bayi.
  • Menyokong kesihatan otak ibu.
  • Mencegah keradangan.

TIP KESIHATAN!
ISSFAL DHA: 300 mg/hari

4. MENYOKONG PENGHASILAN SEL DARAH MERAH
Multivitamin dan zat besi sangat penting bagi wanita hamil kerana ia membantu untuk:

  • Menutup jurang nutrisi ibu supaya ibu dan bayi mendapat semua nutrien perlu bagi mengekalkan kesihatan badan.
  • Menyokong penghasilan sel darah merah untuk membantu membawa oksigen dan menghantarnya kepada bayi serta mencegah anemia pada ibu1.

TIP KESIHATAN!
RNI (ZAT BESI): 100 mg/hari

5. PENTING UNTUK PERKEMBANGAN FIZIKAL
Selain bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan penghasilan sel imun, vitamin C juga sangat penting bagi wanita hamil untuk:

  • Membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang.
  • Menyokong penyerapan zat besi.
  • Menyokong penghasilan kolagen yang menjadi bahagian penting dalam salur darah.

TIP KESIHATAN!
RNI: 80 mg/hari

6. MERENDAHKAN RISIKO KECACATAN KELAHIRAN
Vitamin B yang lengkap seperti vitamin B12, folat, vitamin B6, biotin, asid pantotenik, niasin, tiamina dan riboflavin adalah penting untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi dengan:

  • Menyokong perkembangan tiub saraf bayi.
  • Meningkatkan tenaga semula jadi ibu dan bayi yang membesar dalam kandungan.
  • Mencegah kecacatan kelahiran seperti kecacatan tulang belakang dan otak melalui pengambilan asid folik2 terutama semasa peringkat awal kehamilan.

TIP KESIHATAN!
RNI (asid folik): 600 μg/hari


RNI: Saranan Pengambilan Nutrisi
ISSFAL: Persatuan Saintifik Antarabangsa bagi kajian Asid Lemak dan Lipid


Rujukan:
1. S. Margareet Schoorl, S. Marianne, G. Derek van der dan B.Piet C.M., Effect of iron supplementation on red blood cell hemoglobin content in pregnancy, 2012 Nov 19; 4(4): e24.
2. M. Sarah D, F. Sarah, T. Larissa, L. Jane, CW.Mark, The Prevention of Congetial Anomalies with Periconceptional Folic Acid Supplementation, Journal of Obstetrics and Gynaecology