Scroll Top
19th Ave New York, NY 95822, USA

PERJALANAN ANDA UNTUK MENJADI IBU BERMULA DENGAN
“AKU TERIMA NIKAHNYA”.

Memulakan hidup berkeluarga adalah perkara yang paling mengujakan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Perancangan untuk memiliki kehamilan yang sihat seharusnya bermula sebelum kehamilan berlaku. Sesetengah pakar menyarankan untuk mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat, sekurang-kurangnya enam bulan sebelum mencuba untuk hamil. Malah, pengambilan nutrisi dan penjagaan diri yang baik dikalangan bakal Ibu dan Bapa juga penting dalam pembentukan cahaya mata yang sihat.

KAMI BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN KELUARGA!

Tabiat pemakanan dan gaya hidup ibu serta bapa boleh memberikan kesan yang besar kepada kesihatan si manja, untuk sepanjang hayatnya. Di sini disenaraikan 10 nutrien yang perlu diketahui oleh setiap pasangan untuk merangsang kesuburan dan meningkatkan peluang kehamilan serta bayi yang sihat.

UNTUK BAKAL IBU

1. PROTEIN
Protein membantu anda mengekalkan berat badan yang optimum dan mengekalkan paras hormon yang normal kerana ia penting untuk:

  • Meningkatkan peluang implantasi.
  • Mengekalkan penghasilan telur dan sperma yang sihat.

2. VITAMIN B & ASID FOLIK
Vitamin B dan asid folik bukan sahaja membantu dalam meningkatkan peluang kehamilan, ia juga membantu untuk:

  • Meningkatkan kadar kejayaan rawatan kesuburan.
  • Mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada bayi.

3. VITAMIN C
Bertindak sebagai antioksidan, vitamin C membantu meneutralkan radikal bebas dan menggalakkan:

  • Fungsi ovari yang lebih sihat.
  • Paras hormon yang optimum dan menggalakkan penebalan rahim yang sihat sebagai persediaan untuk hamil.

4. ASID LEMAK OMEGA-3
Kajian yang dijalankan ke atas wanita menunjukkan pengambilan makanan laut yang banyak dan/atau mengambil suplemen asid lemak omega-3 membantu untuk:

  • Meningkatkan kualiti telur dan kadar ovulasi.
  • Meningkatkan kadar kesuburan di kalangan wanita berusia lebih 35 tahun.

5. KALSIUM
Kalsium memainkan peranan yang sangat penting dalam peringkat pra-kehamilan kerana ia:

  • Mencetuskan proses perkembangan embrio.
  • Menghasilkan persekitaran yang kondusif untuk persenyawaan.

6. MULTIVITAMIN + ZAT BESI
Satu kajian dilakukan ke atas wanita yang mengalami ketidaksuburan pada peringkat ovulasi menunjukkan pengambilan multivitamin secara berkala membantu untuk:

  • Mengurangkan risiko kegagalan ovulasi.1
  • Menggalakkan kitaran ovulasi yang sihat.1

7. POLIFENOL
Bertindak sebagai antioksidan, antikeradangan dan malah mempunyai ciri antipenuaan, semakin banyak bukti menunjukkan bahawa polifenol bermanfaat dalam meningkatkan fungsi ovari dengan:

  • Menggalakkan penghasilan telur yang sihat dan matang.2
  • Melindungi ovari dan telur daripada kerosakan akibat radikal bebas.2

UNTUK BAKAL BAPA

1. POLIFENOL
Terkenal dengan ciri antioksidan dan antikeradangan, polifenol membantu untuk:

  • Meningkatkan jumlah sperma.3
  • Meningkatkan motiliti sperma.3

2. KOENZIM Q10
Koenzim Q10 merangsang tenaga sperma yang seterusnya membawa kepada:

  • Peningkatan jumlah sperma yang sihat.4,5
  • Peningkatan pergerakan sperma.4,5

3. ZINK
Memainkan peranan besar dalam kesuburan lelaki kerana ia berfungsi untuk:

  • Mengekalkan paras testosteron untuk penghasilan sperma yang sihat.6
  • Menggalakkan penghasilan sperma yang normal.6


1. Chavarro, J. E., Rich-Edwards, J. W., Rosner, B. A., & Willett, W. C. (2008). Use of multivitamins, intake of B vitamins, and risk of ovulatory infertility. Fertility and sterility, 89(3), 668–676. https://doi.org/10.1016/j.fertnstert.2007.03.089.
2. Ochiai, Asako & Kuroda, Keiji. (2019). Preconception resveratrol intake against infertility: Friend or foe?. Reproductive Medicine and Biology. 19. 10.1002/rmb2.12303.
3. Adewoyin, M., Ibrahim, M., Roszaman, R., Isa, M., Alewi, N., Rafa, A., & Anuar, M. (2017). Male Infertility: The Effect of Natural Antioxidants and Phytocompounds on Seminal Oxidative Stress. Diseases (Basel, Switzerland), 5(1), 9. https://doi.org/10.3390/diseases5010009.
4. Sedigheh A., Reihane B., Akram G., Azadeh N., Antioxidant supplements and semen parameters: An evidence based review Int J Reprod Biomed (Yazd). 2016 Dec;14(12): 729–736.
5. Safarinejad M.R., Safarinejad S., Shafiei N., Safarinejad S., Effects of the reduced form of coenzyme Q 10 (ubiquinol) on semen parameters in men with idiopathic infertility: a double-blind, placebo controlled, randomized study. J Urol. 2012;188:526–531.
6. Fallah, A., Mohammad-Hasani, A., & Colagar, A. H. (2018). Zinc is an Essential Element for Male Fertility: A Review of Zn Roles in Men’s Health, Germination, Sperm Quality, and Fertilization. Journal of reproduction & infertility, 19(2), 69–81.

PERMULAAN KELUARGA

Nutrisi asas anda untuk permulaan yang sihat!

BERSIAP SEDIA, MULA!

Wanita yang sihat, mendapat khasiat secukupnya cenderung untuk mempunyai kehamilan yang sihat. Sebaik sahaja anda memutuskan bahawa anda sudah bersedia untuk mempunyai anak, lebih baik jika anda memulakan perjalanan itu dengan asas kesihatan yang kukuh dengan mengambil suplemen sebelum hamil. Antara nutrien yang diperlukan oleh bakal ibu dan bapa adalah:

VITAMIN B

B-COMPLEX WITH FOLIC ACID
Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.*

VITAMIN C

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUSTM
Vitamin C memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.*

ASID LEMAK OMEGA-3

OMEGAGUARDTM
Membekalkan spektrum luas asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.*

KALSIUM

OSTENUTRIX
Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.*

MULTIVITAMIN + ZAT BESI

VITA-LIZE
Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.*

PROTEIN

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
Memberikan Tenaga Berterusan dengan Protein Tumbuhan. Makanan lazat yang kaya kalsium dan protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.*
Catatan: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberi kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

COQ10

COQ-TROL PLUS
Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang kuat, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.*

ZINK

ZINC PLUS
Zink penting dalam mengekalkan fungsi badan yang betul, menyokong pertumbuhan sel yang sihat serta mempromosikan kesihatan tubuh.*

POLIFENOL

VIVIX®
Dengan kemajuan saintifik, minuman lazat ini mengandungi campuran botani khas Shaklee yang terdiri daripada Anggur Muscadine, Ekstrak Elderberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu.*

KKLIU 2973/2020 – Sah sehingga 31 Dis 2022
* Sila rujuk kepada doktor anda, atau bidan, sebelum menggunakan sebarang suplemen semasa hamil atau menyusukan bayi.
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini iklan produk suplemen.