Scroll Top
19th Ave New York, NY 95822, USA

Tip Kesihatan Untuk Bakal Ibu Dan Bapa!

Bercadang untuk memulakan keluarga? Nutrisi yang lengkap adalah sangat penting dalam kehamilan untuk mempersiapkan anda memperoleh kehamilan yang paling sihat. Siapkan diri anda dengan nutrien penting ini!

UNTUK BAKAL IBU

1. MENINGKATKAN PELUANG KEHAMILAN
Protein membantu anda mengekalkan berat badan yang optimum, salah satu penentu utama dalam mengekalkan tahap hormon normal yang penting untuk:

  • Meningkatkan peluang implantasi.
  • Mengekalkan penghasilan telur dan sperma yang sihat.

TIP!
Ambil 65g protein atau 2-3 hidangan protein, setiap hari.

2. MENCEGAH KECACATAN BAYI
Vitamin B dan asid folik bukan sahaja membantu dalam meningkatkan peluang kehamilan, ia juga membantu untuk:

  • Meningkatkan kadar kejayaan rawatan kesuburan.
  • Mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada bayi.

TIP!
Ambil 400mcg Asid Folik sebaik sahaja anda merancang untuk memulakan keluarga.

3. PARAS HORMON YANG LEBIH SIHAT
Bertindak sebagai antioksidan, vitamin C membantu mengurangkan kerosakan dalam badan anda disebabkan radikal bebas dan membantu untuk menggalakkan:

  • Fungsi ovari yang lebih sihat.
  • Paras hormon yang optimum dan menggalakkan penebalan rahim yang sihat sebagai persediaan untuk hamil.

4. MENINGKATKAN KESUBURAN
Kajian yang dijalankan ke atas wanita menunjukkan bahawa memakan banyak makanan laut dan/atau mengambil suplemen asid lemak omega-3 membantu untuk:

  • Meningkatkan kualiti telur dan kadar ovulasi.
  • Meningkatkan kadar kesuburan di kalangan wanita berusia lebih 35 tahun.

5. PERSEDIAAN UNTUK PERSENYAWAAN
Kalsium memainkan peranan yang sangat penting dalam peringkat pra-kehamilan kerana ia:

  • Mencetuskan proses perkembangan embrio.
  • Menghasilkan persekitaran yang kondusif untuk persenyawaan.

6. MENYUBURKAN BADAN
Satu kajian dilakukan ke atas wanita yang mengalami ketidaksuburan ovulasi menunjukkan pengambilan multivitamin dan zat besi secara berkala membantu untuk:

  • Mengurangkan risiko kegagalan ovulasi.1
  • Menggalakkan kitaran ovulasi yang sihat.1

7. SEL YANG LEBIH SIHAT UNTUK FUNGSI YANG LEBIH BAIK
Bertindak sebagai antioksidan, antikeradangan dan malah mempunyai ciri antipenuaan, semakin banyak bukti menunjukkan bahawa polifenol bermanfaat dalam meningkatkan fungsi ovari dengan:

  • Menggalakkan penghasilan ovum yang sihat dan matang.2
  • Melindungi ovari dan telur daripada kerosakan akibat radikal bebas.2

UNTUK BAKAL BAPA

1. RANGSANGAN TENAGA UNTUK SPERMA
Terkenal dengan ciri antioksidan dan antikeradangan, polifenol membantu untuk:

  • Meningkatkan kepekatan sperma.3
  • Meningkatkan motiliti sperma.3

2. MENINGKATKAN TENAGA SPERMA
Koenzim Q10 merangsang tenaga sperma yang seterusnya membawa kepada:

  • Peningkatan jumlah sperma yang sihat.4,5
  • Peningkatan pergerakan sperma.4,5

3. MEMPERBANYAKKAN SPERMA YANG SIHAT
Diperlukan dalam jumlah yang kecil, zink memainkan peranan besar dalam kesuburan lelaki kerana ia berfungsi untuk:

  • Mengekalkan paras testosteron untuk penghasilan sperma yang sihat.6
  • Menggalakkan penghasilan sperma yang normal.6


Rujukan:
1. Chavarro, J. E., Rich-Edwards, J. W., Rosner, B. A., & Willett, W. C. (2008). Use of multivitamins, intake of B vitamins, and risk of ovulatory infertility. Fertility and sterility, 89(3), 668–676. https://doi.org/10.1016/j.fertnstert.2007.03.089
2. Ochiai, Asako & Kuroda, Keiji. (2019). Preconception resveratrol intake against infertility: Friend or foe?. Reproductive Medicine and Biology. 19. 10.1002/rmb2.12303.
3. Adewoyin, M., Ibrahim, M., Roszaman, R., Isa, M., Alewi, N., Rafa, A., & Anuar, M. (2017). Male Infertility: The Effect of Natural Antioxidants and Phytocompounds on Seminal Oxidative Stress. Diseases (Basel, Switzerland), 5(1), 9. https://doi.org/10.3390/diseases5010009
4. Sedigheh A., Reihane B., Akram G., Azadeh N., Antioxidant supplements and semen parameters: An evidence based review Int J Reprod Biomed (Yazd). 2016 Dec; 14(12): 729–736.
5. Safarinejad M.R., Safarinejad S., Shafiei N., Safarinejad S., Effects of the reduced form of coenzyme Q 10 (ubiquinol) on semen parameters in men with idiopathic infertility: a double-blind, placebo controlled, randomized study. J Urol. 2012;188:526–531.
6. Fallah, A., Mohammad-Hasani, A., & Colagar, A. H. (2018). Zinc is an Essential Element for Male Fertility: A Review of Zn Roles in Men’s Health, Germination, Sperm Quality, and Fertilization. Journal of reproduction & infertility, 19(2), 69–81.