SAYA SEORANG IBU!
Tahniah, anda kini menjadi seorang ibu! Ini adalah langkah pertama kepada perjalanan yang jauh ke hadapan. Di tengah-tengah kesibukan anda menjaga bayi, ingatlah untuk menjaga diri sendiri juga sama ada dari segi fizikal mahupun emosi. Ini adalah apa yang anda perlukan untuk menjadi gembira dan sihat kerana kami percaya ibu yang gembira akan melahirkan anak yang gembira juga.
MAKAN MAKANAN BERKHASIAT SEPANJANG PENYUSUAN
Susu ibu kaya dengan nutrien berkhasiat dan sebatian pelindung yang akan menggalakkan kesihatan, tumbesaran dan perkembangan bayi. Penghasilan susu ibu menuntut banyak perkara daripada ibu. Ia menggunakan banyak tenaga ibu untuk menghasilkan “cecair emas” ini. Jadi sebagai ibu yang menyusukan anak, adalah sangat penting untuk memilih makanan yang sarat dengan nutrien dan berkhasiat untuk menyokong penghasilan susu ibu anda. Tambahan pula, mengambil makanan sihat selepas bersalin boleh membantu anda berasa lebih sihat dan segar dari segi mental dan fizikal – dan siapa yang tidak menginginkannya?
1. ALFALFA
Selain menjadi penggalak susu semula jadi yang hebat, alfalfa juga menawarkan pelbagai manfaat seperti:
- Memberi nutrisi kepada badan ibu untuk menyokong penyembuhan yang cepat.
- Menggalakkan penghasilan susu ibu secara semula jadi.
- Seratnya membantu mengawalatur pembuangan air besar, selepas bersalin.
2. PROTEIN
Sebagai blok binaan sel, protein menyokong proses penyembuhan luka anda.1,2 Malah, ibu yang menyusukan bayi memerlukan protein dua kali lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Protein membantu untuk:
- Memberikan tenaga berpanjangan.
- Menyediakan badan anda untuk penghasilan dan pengekalan susu ibu.
3. KALSIUM
Ketika anda hamil, bayi telah mengambil kalsium daripada tulang anda untuk membina tulangnya. Pengambilan kalsium yang mencukupi penting untuk:
- Mengembalikan kepadatan tulang ibu dan mengurangkan risiko osteoporosis apabila tua kelak.
- Menyokong pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat.
4. ASID LEMAK OMEGA-3
Asid lemak perlu ini, biasanya dikenali sebagai asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah penting untuk anda dan bayi kerana ia:
- Membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang sihat.3
- Boleh membantu merendahkan risiko ibu mengalami simptom gangguan emosi selepas bersalin.4
5. VITAMIN C
Sarat dengan antioksidan, vitamin C menyokong pembentukan tisu baharu dan pemulihan sel yang membantu untuk:
- Menghalang jangkitan terutamanya di sekitar luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka.5
- Menguatkan perlindungan imun ibu dan bayi.
6. VITAMIN B
Oleh kerana ia tidak disimpan dalam badan anda, maka amat penting bagi anda mengambil vitamin B setiap hari untuk:
- Merangsang penghasilan tenaga ibu dengan menukarkan makanan kepada tenaga.
- Menyokong perkembangan sistem saraf bayi termasuk mata dan otak.
- Menggalakkan perkembangan fungsi motor bayi yang sihat.
7. MULTIVITAMIN + ZAT BESI
Anda memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral untuk menyokong kesihatan selepas bersalin dan penghasilan susu ibu:
- Menghasilkan susu ibu yang bernutrisi untuk menyokong pertumbuhan bayi.
- Mengisi jurang nutrisi ibu untuk penyembuhan dan kesihatan yang lebih baik.
1. Powanda MC, Moyer ED. Plasma proteins and wound healing. Surg Gynecol Obstet. 1981 Nov;153(5):749-55.
2. Williams JZ, Barbul A. Nutrition and wound healing. Surg Clin North Am. 2003 Jun;83(3):571-96.
3. Dunstan JA1, Simmer K, Dixon G, Prescott SL.Cognitive assessment of children at age 2(1/2) years after maternal fish oil supplementation in pregnancy: a randomized control trial Arch Dis Child Fetal Neonatal Ed. 2008 Jan;93(1):F45-50.
4. Shapiro, G. D., Fraser, W. D., & Séguin, J. R. (2012). Emerging risk factors for postpartum depression: serotonin transporter genotype and omega-3 fatty acid status. Canadian journal of psychiatry. Revue canadienne de psychiatrie, 57(11), 704–712. https://doi.
org/10.1177/070674371205701108
5. Martanti, Listyaning. (2017). The Effect of Zinc and Vitamin C Additional on Healing Process of Second Degree Perineal Wound in Postpartum. journal of medical science and clinical research. 5. 10.18535/jmscr/v5i9.27.
KESERONOKAN MENJADI IBU
Menyokong kesihatan dan kesejahteraan ibu selepas bersalin untuk memastikan anak anda mendapat nutrisi yang diperlukan untuk membesar sihat dan kuat.
IBU BERSEMANGAT
Semasa penyusuan, ibu perlu mendapatkan nutrisi untuk badan mereka melalui pengambilan semua vitamin penting. Ini bukan sahaja untuk memastikan ibu kekal sihat bagi memenuhi tanggungjawab sebagai ibu baharu, bahkan ia juga akan meningkatkan kualiti susu ibu. Jadi, jangan abaikan kuasa vitamin dalam fasa yang mencabar ini. Di sini terdapat panduan suplemen yang boleh membantu anda menjalani perjalanan yang menyeronokkan sebagai seorang ibu.
ALFALFA
ALFALFA COMPLEX
Kaya dengan nutrien dan mineral untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan ibu.*
VITAMIN C
SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS™
Vitamin C memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.*
VITAMIN B
B-COMPLEX PLUS WITH FOLIC ACID
Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.*
KALSIUM
OSTENUTRIX
Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.*
ASID LEMAK OMEGA-3
OMEGA GUARDTM
Membekalkan spektrum luas asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.*
MULTIVITAMIN + ZAT BESI
VITA-LIZE
Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.*
PROTEIN
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
Memberikan Tenaga Berterusan dengan Protein Tumbuhan. Makanan lazat yang kaya kalsium dan protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.*
Catatan: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberi kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.
KKLIU 2850/2020 – Sah sehingga 31 Dis 2022
* Sila rujuk kepada doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen semasa hamil atau menyusukan bayi.
Ini iklan produk suplemen.