Scroll Top
19th Ave New York, NY 95822, USA

Zat Besi Berkuasa Untuk Ibu Perkasa!

Dengan adanya satu nyawa baru yang sedang berkembang di dalam rahim anda, anda perlukan sedikit bantuan supaya si kecil anda menerima semua yang ia perlukan untuk membesar sihat dan kuat. Salah satunya adalah zat besi, sangat penting untuk semua peringkat kehamilan.

PERMULAAN KELUARGA
Nutrisi lengkap sebelum hamil amat penting dalam persediaan kehamilan sebagai persiapan mendapatkan kehamilan yang
paling sihat. Ambil diet yang mengandungi zat besi setiap hari kerana ia membantu:

  • Membina simpanan zat besi dan mempersiapkan badan ibu sebelum kehamilan.
  • Meningkatkan peluang hamil untuk ibu. Kajian jangka panjang ke atas 18,000 wanita menunjukkan pengambilan zat besi merendahkan risiko ketidaksuburan ovulasi.1

Tip:
Untuk wanita berusia 19-50 tahun, saranan zat besi harian adalah 29mg.11

KEHAMILAN
Kesihatan ibu amat penting untuk kesejahteraan bayi. Pengambilan zat besi secukupnya semasa hamil adalah penting untuk:

  • Menyokong penghasilan sel darah merah2 untuk meningkatkan jumlah darah ibu.
  • Membekalkan zat besi dan oksigen kepada bayi yang sedang membesar.2
  • Menampung pertambahan jumlah sel darah merah, bayi dan uri yang sedang membesar.3
  • Menyokong berat lahir bayi yang sihat.10

Tip:
Ibu hamil memerlukan sekurangkurangnya 100mg zat besi setiap hari.11

Pengambilan zat besi yang tidak mencukupi akan menyebabkan:

  • Anemia, kepekatan HB dalam darah yang rendah.6
  • Meningkatkan risiko jangkitan pada ibu.7
  • Kelahiran pramatang dan bayi yang kurang berat badan.

PENYUSUAN
Simpanan zat besi untuk ibu boleh berkurang selepas bersalin. Tambahkan zat besi ke dalam diet anda kerana ia membantu:

  • Menyokong tenaga ibu semasa tempoh pemulihan.5
  • Mempercepatkan pemulihan dan meningkatkan kesihatan ibu.5
  • Menyokong penghasilan susu badan untuk membantu tumbesaran bayi.5

Tip:
Ibu yang menyusukan anak memerlukan sekurang-kurangnya 15mg zat besi setiap hari.11

Pengambilan zat besi yang rendah akan memberi kesan kepada kesihatan ibu dan bayi kerana:

  • Bayi dan kanak-kanak kecil yang kekurangan zat besi atau anemia berisiko untuk mengalami kesukaran bagi perkembangan fungsi kognitif, emosi sosial dan kebolehsuaian.8
  • Menjejaskan perkembangan bahasa dan motor.9

Rujukan:
1. Chavarro JE, Rich-Edwards JW, Rosner BA, Willett WC. Iron intake and risk of ovulatory infertility. Obstet Gynecol. 2006 Nov;108(5):1145-52. doi: 10.1097/01.AOG.0000238333.37423.ab. PMID: 17077236.
2. Institute of Medicine (US) Committee on Nutritional Status During Pregnancy and Lactation. Nutrition During Pregnancy: Part I Weight Gain: Part II Nutrient Supplements. Washington (DC): National Academies Press (US); 1990. 14, Iron Nutrition During Pregnancy.
3. Achebe MM, Gafter-Gvili A. How I treat anemia in pregnancy: iron, cobalamin, and folate. Blood. 2017 Feb;129(8):940–9.
4. Tan, J., He, G., Qi, Y. et al. Prevalence of anemia and iron deficiency anemia in Chinese pregnant women (IRON WOMEN): a national cross-sectional survey. BMC Pregnancy Childbirth 20, 670 (2020). https://doi.org/10.1186/s12884-020-03359-z
5. Guideline: Iron Supplementation in Postpartum Women. Geneva: World Health Organization; 2016. BACKGROUND. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK379991/
6. Loy, S.L., Lim, L.M., Chan, SY. et al. Iron status and risk factors of iron deficiency among pregnant women in Singapore: a cross-sectional study. BMC Public Health 19, 397 (2019). https://doi.org/10.1186/s12889-019-6736-y
7. Review on iron and its importance for human health. Abbaspour N, Hurrell R, Kelishadi R J Res Med Sci. 2014 Feb; 19(2):164-74
8. Brain iron and behavior of rats are not normalized by treatment of iron deficiency anemia during early development. Felt BT, Lozoff B, J Nutr. 1996 Mar; 126(3):693-701.
9. Higher prevalence of iron deficiency as strong predictor of attention deficit hyperactivity disorder in children. Bener A, Kamal M, Bener H, Bhugra D, Ann Med Health Sci Res. 2014 Sep; 4(Suppl 3):S291-7.
10. Influence of iron status on risk of maternal or neonatal infection and on neonatal mortality with an emphasis on developing countries. Brabin L, Brabin BJ, Gies S Nutr Rev. 2013 Aug; 71(8):528-40.
11. Recommended Nutrient Intake for Malaysia (RNI) 2017.

PRODUK BERKAITAN

Vita-Lize