Scroll Top
19th Ave New York, NY 95822, USA

Tidak Putus Asa untuk Mencapai Impian

Semua isteri mengimpikan untuk merasai perjalanan menjadi ibu dan melahirkan anak. Inilah juga yang saya ingin lakukan. Saya fikir saya juga akan melalui pengalaman ini dengan mudah. Saya dan suami mempunyai keluarga yang besar – tidak pernah terlintas dalam fikiran yang kami mungkin berdepan dengan isu kesuburan tetapi selepas bertahun-tahun mencuba, impian untuk menjadi ibu bapa kelihatan terlalu jauh untuk dijangkau.

Kami berdua tidak mempunyai masalah kesihatan, tetapi akhirnya kami pelajari bahawa punca masalah kesuburan itu disebabkan gaya hidup kami: makan tidak menentu masa, selalu makan makanan segera, jarang bersenam dan tidak cukup tidur. Mengetahui masalah kami, kakak saya, Master Coordinator Ainul, menyarankan Shaklee kepada kami.

Kami bermula dengan Vivix dan perubahan yang dialami memang mengagumkan! Kami berasa lebih baik dan bertenaga! Dengan mengubah gaya hidup dan mengambil suplemen Shaklee selama 3 bulan, kerja keras kami dihadiahkan dengan kehamilan saya! Saya terus melengkapkan pemakanan saya dengan Set Kehamilan Shaklee.

Selepas bertahun-tahun mencuba tidak berjaya, saya kongsikan kegembiraan keluarga saya ini di media sosial – berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain bahawa dengan corak pemikiran dan nutrien yang betul, akan ada ganjarannya. Shaklee membantu saya mendapat ganjaran itu. Kini saya menjadi suri rumah dan Usahawan Shaklee.

Akhir kata, perkara baik akan datang kepada mereka yang bersedia. Bagi mereka yang mahu memulakan keluarga, jangan putus asa!

ATHIRAH AB RAZAK
32, Selangor