Scroll Top
19th Ave New York, NY 95822, USA

SELAMAT DATANG, BAKAL IBU!

Kehamilan adalah satu pengalaman yang indah. Sememangnya dalam keterujaan, bakal ibu dan bapa tentu juga berasa gementar menanti kelahiran si manja. Kehamilan merupakan antara fasa kehidupan wanita dimana ia memerlukan nutrisi yang sangat tinggi.

Keperluan nutrisi semasa hamil adalah lebih tinggi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi yang pesat serta meningkatkan simpanan nutrisi bagi bakal ibu. Oleh itu, sentiasalah memilih nutrisi untuk anda dan bayi! Ini adalah hadiah terhebat yang boleh anda berikan untuk anak-anak anda kelak!

MAKAN UNTUK ANDA DAN BAYI

Anda adalah apa yang ibu anda makan.

Tabiat pemakanan dan gaya hidup ibu boleh memberi kesan yang mendalam sepanjang hayat kepada kesihatan anaknya. Wanita yang sihat dan mengambil nutrisi secukupnya lebih cenderung mempunyai kehamilan yang sihat. Ini termasuklah kurangnya komplikasi semasa kehamilan, yang meningkatkan peluang melahirkan cahaya mata yang sihat. Bayi yang sihat mempunyai peluang lebih baik untuk membesar sebagai kanak-kanak yang sihat dan, satu hari nanti, menjadi orang dewasa yang sihat juga.

1. PROTEIN
Apa yang baik untuk ibu, juga baik untuk bayi. Ambil lebih banyak protein untuk:

  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat terutama semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi anda menjalani proses pertumbuhan yang pesat.
  • Pertumbuhan tisu payudara dan rahim optimum bagi ibu semasa hamil.

2. KALSIUM
Keperluan untuk mengambil kalsium meningkat semasa kehamilan kepada sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari untuk:

  • Membantu perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat.
  • Mengawalatur penggunaan cecair dalam badan ibu.
  • Mengembalikan simpanan kalsium ibu.

3. ASID LEMAK OMEGA-3
Asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah sangat penting untuk perkara berikut:

  • Menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf bayi.
  • Menyokong kesihatan otak ibu.
  • Mencegah keradangan.

4. MULTIVITAMIN + ZAT BESI
Merupakan vitamin perlu dan mineral yang sangat penting bagi wanita hamil yang membantu untuk:

  • Menutup jurang nutrisi ibu supaya ibu dan bayi mendapat semua nutrien perlu bagi mengekalkan kesihatan badan.
  • Menyokong penghasilan sel darah merah untuk membantu membawa oksigen dan menghantarnya kepada bayi serta mencegah anemia pada ibu1.

5. VITAMIN C
Selain bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan penghasilan sel imun, vitamin ini juga sangat penting bagi wanita hamil untuk:

  • Membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang.
  • Menyokong penyerapan zat besi.
  • Menyokong pembentukan kolagen yang menjadi bahagian penting dalam salur darah.

6. VITAMIN B
Vitamin B lengkap seperti vitamin B12, folat, vitamin B6, biotin, asid pantotenik, niasin, tiamina dan riboflavin adalah penting untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi dengan:

  • Menyokong perkembangan tiub saraf bayi.
  • Meningkatkan tenaga semula jadi untuk ibu dan bayi yang membesar dalam kandungan.
  • Mencegah kecacatan kelahiran seperti kecacatan tulang belakang dan otak melalui pengambilan asid folik2 terutama semasa peringkat awal kehamilan.

Rujukan:
1. S. Margareet Schoorl, S. Marianne, G. Derek van der dan B.Piet C.M., Effect of iron supplementation on red blood cell hemoglobin content in pregnancy, 2012 Nov 19; 4(4): e24.
2. M. Sarah D, F. Sarah, T. Larissa, L. Jane, CW.Mark, The Prevention of Congetial Anomalies with Periconceptional Folic Acid Supplementation, Journal of Obstetrics and Gynaecology Canada, Volume 25, Issue 2, February 2003, pages 115-121.

IBU GEMBIRA = BAYI SIHAT

Nutrisi adalah kunci utama untuk ibu dan anak yang lebih sihat! Bina asas kesihatan yang lebih kukuh dengan nutrien penting bagi ibu dan anak untuk kehamilan yang sihat serta menggembirakan.

PENGAMBILAN NUTRISI KEHAMILAN MEMBANTU IBU MENDAPAT BAYI YANG SIHAT

Kehamilan memerlukan lebih tenaga, blok binaan, dan bantuan pada peringkat sel. Berat bayi semasa lahir, kadar tumbesaran selepas lahir, dan kesihatan yang berpanjangan boleh dipengaruhi oleh pengambilan nutrisi semasa kehamilan, gaya hidup, dan status kesihatan bakal ibu. Oleh itu, membuat pilihan melalui pengambilan nutrisi kehamilan yang baik sepanjang tiga trimester adalah sangat penting. Walaupun semua nutrien adalah penting untuk menyokong kehamilan yang sihat, beberapa vitamin dan mineral memainkan peranan yang utama dalam perkembangan anak anda.

VITAMIN B

B-COMPLEX PLUS WITH FOLIC ACID
Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.*

KALSIUM

OSTENUTRIX
Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.*

VITAMIN C

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS™
Vitamin C memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.*

ASID LEMAK OMEGA-3

OMEGA GUARDTM
Membekalkan spektrum luas asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.*

MULTIVITAMIN + ZAT BESI

VITA-LIZE
Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.*

PROTEIN

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
Memberikan Tenaga Berterusan dengan Protein Tumbuhan. Makanan lazat yang kaya kalsium dan protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.*
Catatan: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberi kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

KKLIU 2849/2020 – Sah sehingga 31 Dis 2022
* Sila rujuk kepada doktor anda sebelum menggunakan sebarang suplemen semasa hamil atau menyusukan bayi.
Ini iklan produk suplemen.