Scroll Top
19th Ave New York, NY 95822, USA

Ibu Gembira dan Mendapat Khasiat, Melahirkan Bayi yang Sihat!

Perjalanan kesihatan saya tidak semudah yang disangka, tetapi sebagai pengguna setia Shaklee selama lebih 10 tahun, saya mampu menggapai dan mencapai banyak perkara hebat. Dengan Shaklee, saya kini mampu melakukan pelbagai aktiviti harian dengan mudah. Dan, disebabkan suplemen yang hebat ini juga, saya berpeluang menjadi seorang ibu.

Selepas kelahiran anak pertama, doktor mengatakan bahawa saya akan menghadapi masalah untuk memberikan susu ibu pada bayi. Sebagai ibu baru, ia memang menyedihkan apabila saya tidak boleh memberikan nutrisi terbaik melalui susu ibu. Namun, saya tidak pernah berputus asa! Dengan produk Shaklee seperti ESP Soy Protein, Vita-Lea, Sustained Release Vita C, B-Complex dan Ostematrix serta melakukan kekerapan untuk mengepam susu, saya mampu menghasilkan 30-40 oz susu setiap hari. Bukan sahaja ia membawa perubahan kepada kesihatan bayi, tetapi saya juga turut merasai kesannya.

Setelah itu, saya juga telah dianugerahkan dengan dua lagi kehamilan. Dengan Set Kehamilan (New Beginnings Set) dan produk Shaklee yang menyokong penyusuan, saya menjalani kedua-dua kehamilan dengan lancar. Luka pembedahan saya juga cepat sembuh, dalam tempoh kurang daripada dua minggu. Paling seronok apabila saya mampu memberikan susu badan untuk kedua-dua bayi saya.

Kepada wanita muda yang satu hari nanti mahu menjadi ibu, anda perlu menjaga kesihatan badan. Saya percaya ibu yang sihat adalah jaminan kepada bayi yang sihat – dan satu-satunya cara untuk mencapainya ialah melalui nutrisi yang terbaik. Dan dengan Shaklee, ia tidak mustahil!

ZURAIFAH ANUAR
36, Melaka