Dapatkan Semula Badan Anda. Hilangkan “Berat Bayi” Itu!
Mendapatkan kembali bentuk dan berat badan anda sebelum hamil adalah lebih mudah apabila anda mengambil nutrien yang betul setiap hari untuk merangsang metabolisme dan pencernaan. Masukkan semua ini dalam pemakanan anda sekarang!
1. RASA KENYANG LEBIH LAMA!
Banyak penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan diet tinggi protein soya dan rendah lemak bermanfaat dalam menguruskan berat badan. Ia membantu untuk:
- Mengurangkan selera anda dan menjadikan anda kurang lapar.1
- Menjadikan anda berasa kenyang lebih lama kerana ia meningkatkan paras hormon yang membuatkan anda rasa puas.1
- Memperbaik nisbah lemak kepada otot dalam badan anda.1
2. LEUSINA = OTOT
Pastikan protein soya anda mengandungi leusina, yang membantu dalam pembentukan otot. Pengambilan leusina bersama sajian berkhasiat adalah berkesan dalam:
- Meningkatkan kadar pembakaran lemak.2
- Meningkatkan penghasilan otot anda.2
- Mengekalkan otot badan.2
3. TINGKATKAN TENAGA UNTUK MEMBAKAR LEMAK
Sebagai ibu, anda sentiasa sibuk. Anda perlukan taurina kerana ia menghasilkan tenaga. Satu
kajian menunjukkan bahawa pengambilan taurina dalam jangka panjang membantu dalam:
- Proses penurunan berat badan yang sihat.3
- Menghalang pembentukan sel lemak baharu.3
- Merangsang proses penghasilan tenaga dan pembakaran lemak.4
4. MENGGALAKKAN PENCERNAAN SIHAT
Satu perkara yang jarang dibincangkan tetapi menjadi cabaran biasa yang dialami ramai ibu semasa dan selepas kehamilan adalah sembelit. Apabila anda mengalami masalah ini, ambillah daun senna, laksatif semula jadi yang membantu anda untuk:
- Mempunyai pembuangan air besar yang sihat.
- Mengawal aturan pembuangan air besar.
- Menggalakkan sistem pencernaan yang sihat.
5. PENYOKONG DETOKS
Juga dikenali sebagai “Bapa Segala Makanan” kerana nilai nutrisinya yang tinggi, alfalfa kaya dengan nutrien, vitamin dan mineral seperti protein, serat, vitamin K, vitamin E, potassium, kalsium, kuprum, zat besi dan sebagainya.5 Ia membantu dalam:
- Membekalkan pelbagai jumlah nutrien.
- Sumber penyahtoksin badan semula jadi.
6. MELAWAN KERADANGAN DAN LEMAK
Ditemui secara semula jadi di dalam tumbuh-tumbuhan, polifenol adalah sekumpulan antioksidan yang bermanfaat kepada kesihatan anda kerana ia bertindak sebagai agen antioksidan dan antikeradangan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilannya secara berkala membantu dalam:
- Menyerupai kesan berpuasa atau diet rendah kalori terhadap kesihatan.6
- Mengekalkan tahap keradangan yang sihat dalam badan anda.6
- Mengurangkan kadar pengumpulan lemak, terutama di sekitar organ dalaman.7
Rujukan:
1. Deibert P, König D, Schmidt-Trucksaess A, Zaenker KS, Frey I, Landmann U, Berg A. Weight loss without losing muscle mass in pre-obese and obese subjects induced by a high-soy-protein diet. Int J Obes Relat Metab Disord. 2004 Oct;28(10):1349-52. Doi: 10.1038/sj.ijo.0802765. PMID: 15303108.
2. Churchward-Venne TA, Breen L, et al. Leucine supplementation of a low-protein mixed macronutrient beverage enhances myofibrillar protein synthesis in young men: a double-blind, randomized trial. Am J Clin Nutr. 2014 Feb;99(2):276-86. PMID: 24284442.
3. Kim, K. S., Jang, M. J., Fang, S., Yoon, S. G., Kim, I. Y., Seong, J. K., Yang, H. I., & Hahm, D. H. (2019). Anti-obesity effect of taurine through inhibition of adipogenesis in white fat tissue but not in brown fat tissue in a high-fat diet-induced obese mouse model. Amino acids, 51(2), 245–254. https://doi.org/10.1007/s00726-018-2659-7
4. Schaffer, S., & Kim, H. W. (2018). Effects and Mechanisms of Taurine as a Therapeutic Agent. Biomolecules & therapeutics, 26(3), 225–241. https://doi.org/10.4062/biomolther.2017.251
5. Al-Achi A (2018) Does Alfalfa Stand Up for The Claim “The Father of All Foods”? J Pharm Pract Pharm Sci 2018(1): 24-28.
6. Renes J, et al. Calorie restriction-induced changes in the secretome of human adipocytes, comparison with resveratrol-induced secretome effects. Biochim Biophys Acta. 2014 Sep;1844(9):1511–1522.
7. Wang, Shu & Moustaid-Moussa, Naima & Chen, Lixia & Mo, Huanbiao & Shastri, Anuradha & Su, Rui & Bapat, Priyanka & Kwun, Insook & Shen, Chwan-Li. (2014). Novel insights of dietary polyphenols and obesity. The Journal of nutritional biochemistry. 25. 1-18. 10.1016/j.jnutbio.2013.09.001.
PRODUK BERKAITAN
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
Herb-Lax™
Alfalfa Complex (330 Tablets)
RES V
Vivix®