Kejayaan Datang Apabila Anda Mancarinya
Saya adalah ibu kepada tiga orang anak dengan latar belakang perubatan. Dahulu, saya bergelut dengan dua kerjaya (satu dalam dunia perubatan, dan satu lagi dalam bisnes Shaklee) dan ia merupakan sesuatu yang sukar kerana saya tiada masa untuk anak-anak, dan mahu sentiasa berada di sisi mereka.
Akhirnya, saya memilih Shaklee. Ternyata, saya tidak menyesal dengan keputusan itu.
Saya memulakan pengambilan suplemen dengan OsteMatrix dan ESP Soy Protein kerana kesakitan tulang belakang yang mengehadkan pergerakan saya. Mungkin ia disebabkan kekurangan nutrisi semasa kehamilan pertama. Apabila saya hamil anak kedua, saya masih menyusukan anak pertama. Kesan kekurangan nutrien memang ketara!
Apabila saya mencuba produk Shaklee, saya hampir tidak percaya dengan hasil Shaklee Effect yang mengujakan! Sejak daripada itu, saya betul-betul yakin dengan produk Shaklee. Tiada wanita hamil yang harus menderita dalam mengharungi perjalanan yang sepatutnya dipenuhi dengan momen-momen gembira dan bermakna.
Kepada semua ibu dan usahawan muda di luar sana, yang ingin membina perniagaan mereka sendiri pada satu hari nanti, Niat adalah sangat penting. Mempunyai niat yang betul adalah asas untuk menjadikan perniagaan itu berjaya atau hebat. Sebagai contoh, niat untuk membantu orang lain menjadi lebih sihat. Saya juga mengamalkan pengambilan produk yang saya kongsi, kerana saya yakin dan percaya dengan kesannya – itu merupakan sebab utama saya dalam bisnes ini. Push Factor saya adalah mempunyai masa yang lebih banyak Bersama anak-anak, atas sebab inilah saya berusaha bersungguh-sungguh dalam mengembangkan bisnes Shaklee, sehingga memperoleh pendapatan 5-angka pada April 2016, selepas hanya 7 bulan menceburi perniagaan ini secara sambilan.
Saya menyeru kepada sesipa yang mempunyai cita-cita yang besar: bekerjalah secara konsisten. Jangan mudah berputus asa. Kejayaan memerlukan pengorbanan, tetapi percayalah, hasilnya melangkaui apa yang anda bayangkan. Percaya kepada kemampuan diri sendiri. Jika saya boleh lakukannya, saya percaya anda juga mesti boleh!
HASIFAH MOHD YUSOF
36, Kuala Lumpur