1,000 Hari Pertama
1,000 Hari Pertama
MENGAPA 1,000 HARI PERTAMA SANGAT PENTING
Kerana kesejahteraan Ibu itu penting.
1,000 hari pertama bermula daripada saat ibu mencuba untuk hamil, termasuk dengan sepanjang tempoh kehamilan, melahirkan anak, menyusukan, dan sehinggalah hari ulang tahun kelahiran kedua si manja. Sepanjang perjalanan sebagai seorang ibu, amat penting untuk ibu mendapat nutrisi yang baik dan penjagaan sewajarnya serta sokongan sebaik mungkin bagi membentuk masa hadapan yang sihat untuk dirinya dan si manja.
APA YANG BERLAKU DALAM 1,000 HARI PERTAMA?
Ibu yang sihat dan gembira melahirkan bayi yang sihat. Pengambilan nutrisi dan penjagaan diri yang baik dalam tempoh 1,000 hari pertama amat penting untuk kelangsungan hidup, pertumbuhan, perkembangan optimum dan kesihatan sepanjang hayat bagi si manja. Semasa hamil, keadaan persekitaran seperti pengambilan makanan, sehinggalah kepada pendedahan terhadap tekanan dan cabaran dalam hidup menentukan serta memberikan kesan yang hebat kepada kesihatan anda dan si manja di masa hadapan.
NUTRISI HARI INI UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH
1,000 hari pertama adalah tempoh yang sangat kritikal bagi perkembangan otak, badan, metabolisme dan sistem imun si manja. Kualiti nutrisi yang anda dan anak anda dapat semasa kehamilan dan selepas kelahiran boleh memberi kesan besar kepada perkembangan, pembesaran dan pembelajaran anak anda, sepanjang hayatnya. Jika anda tidak mendapat nutrisi yang secukupnya, ia boleh mempengaruhi fungsi otak anak anda, kesihatannya, emosinya dan sistem imunnya. Bahkan, ia juga menentukan tahap obesiti, diabetes, dan lain-lain penyakit kronik apabila dewasa kelak yang boleh menyebabkan masalah kesihatan sepanjang hayat.
Jangan risau. Ketahui apakah nutrien penting yang anda perlu ambil semasa 1,000 hari pertama bayi anda bersama Shaklee.
PERMULAAN BIJAK, MENCIPTA KEJAYAAN
Tahukah anda bahawa otak bayi mengandungi 10 bilion sel semasa 24 minggu kehamilan? Ia terus berkembang selepas bayi anda dilahirkan, terutama semasa beberapa tahun pertama hidupnya. Malahan, otak membuat 700 hubungan saraf dalam sesaat semasa umur satu tahun, dan ia mencapai 80% saiz otak orang dewasa pada umur dua tahun. Menarik, bukan?
Bermula dari awal kehamilan dan sepanjang peringkat awal fasa kehidupan kanak-kanak, nutrisi menyediakan asas yang kukuh untuk kesihatan otak, IQ, perkembangan kemahiran motor dan sosio-emosi anak anda, yang seterusnya memberi kesan kepada kejayaan dalam hidupnya pada masa hadapan. Oleh itu, amat penting untuk anda dan si manja mengambil nutrien yang tepat pada waktu yang tepat bagi memenuhi keperluan perkembangan otak yang pesat serta membina masa hadapan yang lebih cerah.
Selepas bersalin, susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda kerana ia mengandungi pelbagai jenis nutrien, faktor pertumbuhan dan hormon yang sangat penting untuk perkembangan awal otak kanak-kanak.
Ketahui nutrien yang memberikan kesan yang sangat hebat dan berterusan dalam menyokong perkembangan otak.
IBU SIHAT, ANAK GEMBIRA
Semasa 1,000 hari pertama, keunikan hubungan emosi yang anda rasakan bersama bayi anda menjadi asas kepada pertumbuhan fizikal, emosi dan sosial anak anda. Menjaga kesihatan emosi anda adalah sama pentingnya dengan menjaga kesihatan fizikal anak anda.
Apabila anda hamil dan menzahirkan lebih banyak emosi positif, hubungan otak anda dengan otak bayi anda menjadi semakin kuat. Ini boleh membantu bayi anda untuk belajar dan turut membantu perkembangan otak si manja.
Apabila anda gembira dan positif, si manja akan mendapat khasiat secukupnya, dijaga dan dilindungi daripada emosi negatif, toksin serta tekanan untuk masa hadapan yang cerah. Dan apabila si manja mempunyai asas yang kukuh dalam hidupnya, mereka mampu mencapai apa sahaja kejayaan di masa hadapan.
Shaklee menyokong 1,000 hari pertama anda bermula daripada sebelum kehamilan hingga fasa-fasa seterusnya agar anda dan si manja menjadi lebih sihat.