Scroll Top
19th Ave New York, NY 95822, USA

Esok yang Lebih Baik, Warisan yang Lebih Hebat

Dahulu sebagai jurutera, jadual kerja saya sangat sibuk yang akhinya menjejaskan kesihatan saya. Saya sentiasa berasa lesu dan kulit pula menjadi kusam. Saya mahu mengembalikan kesihatan dan keserian kulit saya, dan secara kebetulan, rakan saya, Master Coordinator Hasifah Mohd Yusof ada jawapannya: Shaklee.

Awalnya saya mencuba ESP Soy Protein, Sustained Release Vita-C Plus, OmegaGuard dan B Complex – kombinasi yang mengembalikan tahap tenaga dan keserian kulit saya! Saya sukakan Shaklee Effect ini, dan tahu saya boleh percayakan Shaklee.

Selepas melahirkan anak pada 2018, saya teruskan pengambilan dengan Set Selepas Bersalin Shaklee – luka saya lebih cepat sembuh dan saya masih cergas seperti sebelum ini. Walaupun saya tahu, sebagai ibu baharu ada banyak kerja yang perlu dilakukan, saya tetap memutuskan untuk membina perniagaan Shaklee. Ketika anak tidur, saya aktif bekerja kerana percaya dengan suplemen yang saya ambil.

Apabila perniagaan Shaklee saya berkembang, tanggungjawab dan tugasan saya juga bertambah banyak. Ketika saya berjaga hingga ke larut malam menguruskan perniagaan dan anak, Shaklee membantu memastikan kesihatan saya berada pada tahap optimum dengan CINCH Shake, CINCH Tea Mix dan Vivix.

Saya berasa sihat di dalam dan kelihatan cantik di luar! Saya juga hilang “berat bayi” dan kulit saya kelihatan sangat cantik dengan Penjagaan Kulit Youth dan Collagen Powder. Saya tampil dalam keadaan terbaik untuk bertemu prospek dan pelanggan saya. Menjadi ibu bukan penghalang untuk berjaya. Sebaliknya ia adalah motivasi untuk menjadi lebih baik daripada semalam supaya anda boleh membina hari esok yang lebih baik buat anak-anak anda.

ITA ATHIRAH AHMAD
34, Selangor