Penyelesaian Terbaik = Hasil Terbaik
Pengalaman kelahiran pertama saya menyakitkan dan menyedihkan. Luka saya mengambil masa yang begitu lama untuk sembuh yang menghalang saya daripada menyusukan anak. Saya mengambil keputusan untuk mencari suplemen bagi membantu saya dalam kehamilan seterusnya. Apatah lagi, saya sentiasa berasa penat dan kulit saya juga kusam. Akhirnya, saya menemui Shaklee dan sejak itu saya tidak lagi menoleh ke belakang.
Sekarang saya mempunyai empat anak gadis yang cantik, semuanya dilahirkan melalui pembedahan Caesarean. Dengan Set Kehamilan (New Beginnings Set) dan Set Penyusuan (Joyful Journey Set), saya tidak lagi mengalami kesakitan seperti yang dirasai semasa kehamilan pertama dahulu. Proses penyusuan badan saya juga berjalan lancar, tahap tenaga lebih tinggi, dan kulit saya menjadi berseri! Anak-anak saya mendapat nutrien terbaik kerana saya mengambil nutrien yang terbaik.
Saya kongsikan Shaklee Effect saya yang hebat ini kerana mahu menggalakkan ibu lain supaya tidak berputus asa dalam perjalanan penyusuan badan mereka. Dengan nutrien yang betul dan gaya hidup yang dipilih, sebelum dan selepas hamil, anda akan dapat menikmati perjalanan menjadi ibu yang mengagumkan.
Kini, saya menjalankan perniagaan Shaklee sahaja kerana ia memberikan saya fleksibiliti untuk menjaga keluarga dan masih memberi saya pendapatan yang stabil dalam keselesaan di rumah sendiri. Inilah yang saya tidak dapat dari pekerjaan dahulu.
Anda bagaimana?
NOR FAZLIANA JAMIL
34, Melaka