Hadiah Kesihatan yang Baik untuk Semua
Saya mula mengambil produk Shaklee sejak di sekolah menengah. Dan hari ini, sebagai suri rumah berusia 37 tahun dengan tujuh orang anak yang sihat, saya masih lagi peminat setia Shaklee. Semua perjalanan kehamilan saya adalah lancar, tetapi tidak pada awalnya. Pada tahun 2000, doktor memberitahu saya sukar hamil disebabkan oleh masalah kesihatan dalaman – tetapi saya sangat berharap dan bertekad untuk menjadi seorang ibu! Jadi, selepas mencuba pelbagai produk Shaklee dan mengamalkan gaya hidup sihat, saya dikurniakan anak pertama pada 2007.
Sejak itulah, saya mempunyai tujuh kehamilan yang menakjubkan. Dengan produk Shaklee seperti Vita-Lea, B Complex, Sustained Release Vita C, ESP Soy Protein, Ostematrix, OmegaGuard dan Lecithin, saya dapat memastikan anak saya mendapat nutrien penting yang diperlukan semasa perkembangan mereka. Kehamilan saya juga lancar – tiada anemia atau HB rendah. Saya mempunyai tahap tenaga yang luar biasa sepanjang semua kehamilan, mampu menguruskan organisasi dan melatih anggota kami sehinggalah kandungan saya sampai minggu ke-40.
Setiap kali selepas bersalin, saya meneruskan pengambilan Set Penyusuan (Joyful Journey Set), Shaklee dan dapat memberikan mereka susu badan yang kaya dengan nutrien. Saya juga menjalani proses pemulihan dengan cepat semasa tempoh berpantang dan tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan yang teruk.
Saya percaya Shaklee adalah antara penyebab saya dikurnialah dengan tujuh kehamilan dan sehingga ke hari ini, saya bangga menjadi usahawan Shaklee. Ketujuh-tujuh anak saya juga mengambil produk Shaklee kerana saya mahukan apa sahaja yang bagus untuk mereka. Terima kasih Shaklee, kerana memberikan kami hadiah kesihatan yang baik!
SITI SALWA ZAINAL ABIDIN
38, Selangor