C Untuk Perlindungan Ibu Dan Bayi
Lindungi kesihatan ibu dan si manja dengan vitamin C! Ia terkenal sebagai perangsang imun dan antioksidan yang cukup berkesan, melindungi dan menjadikan sel anda sihat dan kuat supaya anda serta bayi anda mendapat perlindungan kesihatan yang terbaik.
PERMULAAN KELUARGA
Paras antioksidan dalam badan wanita memainkan peranan utama dalam menggalakkan kesihatan telurnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C adalah salah satu antioksidan paling penting yang boleh:
- Memberi kesan positif kepada ketebalan endometrium.1
- Secara signifikan mengatur paras progesteron dan estrogen yang normal.1
Tip: RNI: 70mg/hari
KEHAMILAN
- Bagi sesetengah wanita, mabuk hamil boleh berlarutan sepanjang hari. Apabila diambil bersama vitamin K, vitamin C membantu melegakan rasa loya dan mual.
- Meningkatkan penyerapan zat besi, yang penting untuk pembentukan sel darah merah dan hemoglobin2 yang sihat, dan seterusnya mengurangkan risiko anemia akibat kekurangan zat besi.
- Merangsang imuniti untuk ibu dan bayi.3
- Menyokong pembentukan tulang dan gigi bayi.
- Menguatkan ligamen dan tendon untuk sendi yang lebih kuat pada akhir kehamilan.
Tip: RNI: 80mg/hari
PENYUSUAN
- Mempercepatkan pembaikan tisu dan pemulihan luka.4
- Menghalang jangkitan terutama sekitar kawasan luka.5
- Meningkatkan penyerapan zat besi penting untuk membantu:
- Membina simpanan zat besi bayi untuk 6 bulan pertama hidupnya.
- Membantu ibu mendapatkan semula rambut yang berkilat dan kuku yang kuat.
- Merangsang penghasilan dan fungsi sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun.6
Tip: RNI: 95mg/hari
KESEJAHTERAAN IBU
- Menggalakkan keadaan kulit yang sihat dengan mengekalkan keanjalan kulit, mengurangkan penampilan kedutan dan melembutkan kulit yang kering dan kasar.
- Bertindak sebagai agen nyahpigmen7 untuk mengurangkan penampilan pigmentasi yang cenderung berlaku dengan peningkatan hormon yang mendadak ketika hamil.
- Merangsang imuniti anda semasa musim selesema dan flu.
Tip: RNI: 70mg/hari
RNI: Recommended Nutrient Intake
Rujukan:
1. Al-Katib, S. R., Al-Kaabi, M. M. H., & Al-Jashamy, K. A. (2013). Effects of vitamin C on the endometrial thickness and ovarian hormones of progesterone and estrogen in married and unmarried women. AJCR, 1(8), 24-31.
2. Cook, J. D., & Monsen, E. R. (1977). Vitamin C, the common cold, and iron absorption. The American journal of clinical nutrition, 30(2), 235-241.Maggini S et al. Essential Role of Vitamin C and Zinc in Child Immunity and Health. J Int Med Res 2010; 38: 386 – 414
3. Mistry, H. D., & Williams, P. J. (2011). The importance of antioxidant micronutrients in pregnancy. Oxidative medicine and cellular longevity, 2011.
4. Bjørneboe, A., SØYLAND, E., BJØRNEBOE, G. E. A., Rajka, G., & Drevon, C. A. (1987). Effect of dietary supplementation with eicosapentaenoic acid in the treatment of atopic dermatitis. British Journal of Dermatology, 117(4), 463-469.
5. Martanti, L. E., Pramono, N., Wahyuni, S., & Djamaluddin, I. The Effect of Zinc and Vitamin C Additional on Healing Process of Second Degree Perineal Wound in Postpartum.
6. Sorice, A., Guerriero, E., Capone, F., Colonna, G., Castello, G., & Costantini, S. (2014). Ascorbic acid: its role in immune system and chronic inflammation diseases. Mini reviews in medicinal chemistry, 14(5), 444-452.
7. Telang, P. S. (2013). Vitamin C in dermatology. Indian dermatology online journal, 4(2), 143.
PRODUK BERKAITAN
Sustained Release Vita-C Plus™