B ADALAH YANG TERBAIK UNTUK IBU DAN BAYI!
Apabila anda merancang kehamilan, sedang hamil atau menyusukan anak, anda mempunyai lebih banyak sebab untuk memastikan keperluan nutrisi anda dipenuhi supaya si kecil membesar menjadi bayi yang sihat! Dapatkan vitamin B kerana ia adalah teman baik anda sepanjang semua peringkat kehamilan dan selepas bersalin.
PERMULAAN KELUARGA
Kebimbangan terbesar semasa sebelum hamil ialah jika anak akan mengalami spina bifida. Ia berlaku apabila tiub saraf bayi yang sedang terbentuk tidak tertutup sepenuhnya. Vitamin B, terutamanya asid folik (vitamin B9) membantu untuk:
- Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran pada saraf seperti spina bifida (tulang belakang) dan anensefali (otak).1
Tip:
Oleh kerana tiub saraf terbentuk semasa 3-4 minggu pertama kehamilan, anda perlu memulakan pengambilan 400mcg asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan hingga 1 tahun sebelum hamil.9
PERMULAAN KELUARGA KEHAMILAN
Anda memerlukan lebih banyak asid folik semasa hamil kerana anda dan bayi anda yang sedang membesar memerlukan lebih banyak darah. Dengan asid folik yang mencukupi, anda boleh:
- Menyokong penghasilan sel darah merah, merendahkan risiko anemia.
- Mengurangkan risiko berat lahir yang rendah, kelahiran pramatang dan keguguran.2,3
Tip:
Ambil 600mcg asid folik setiap hari sepanjang kehamilan anda.9
PENYUSUAN
Asid folik dikaitkan dengan pembentukan otak yang sihat, maka amat penting untuk bayi anda terus menerima nutrien ini melalui susu badan.
- Boleh mengurangkan risiko gangguan spektrum autisme pada kanak-kanak.4
- Menyokong perkembangan otak bayi yang sihat sepanjang fasa kanak-kanak.5
- Mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin dan membantu dalam pemulihan selepas bersalin.6
Tip:
Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai asid folik yang rendah cenderung untuk mengalami kemurungan selepas bersalin lebih lama7, jadi selepas bersalin pastikan anda mengambil 500mcg asid folik setiap hari.9
KESEJAHTERAAN IBU
Vitamin B menukarkan makanan kepada tenaga, memberikan peningkatan tenaga yang diperlukan untuk menjaga bayi anda, selepas bersalin.
- Memberi anda tenaga8 yang diperlukan untuk membesarkan si manja.
- Vitamin B3 dan B7 membantu menyuburkan sel folikel rambut untuk rambut yang sihat dan lebih kuat.
- Vitamin B3 dan B5 menggalakkan kelembapan dan tona kulit yang lebih baik.
- Vitamin B12 adalah penting untuk kesihatan dan pertumbuhan kuku anda.
Tip:
Untuk kesejahteraan anda, ambil vitamin B selepas bersalin!
Rujukan:
1. Ami, N., Bernstein, M., Boucher, F., Rieder, M., Parker, L., & Canadian Paediatric Society, Drug Therapy and Hazardous Substances Committee (2016). Folate and neural tube defects: The role of supplements and food fortification. Paediatrics & child health, 21(3), 145–154.
https://doi.org/10.1093/pch/21.3.145
2. Scholl, T. O., & Johnson, W. G. (2000). Folic acid: influence on the outcome of pregnancy. The American journal of clinical nutrition, 71(5 Suppl), 1295S–303S. https://doi.org/10.1093/ajcn/71.5.1295s
3. Bang S.W., & Lee S.S. (2009) The factors affecting pregnancy outcomes in the second trimester pregnant women Nutr Res Pract. 2009 Summer;3(2):134-140. The Korean Nutrition Society and The Korean Society of Community Nutrition. https://doi.org/10.4162/nrp.2009.3.2.134
4. Schmidt, R. J., Tancredi, D. J., Ozonoff, S., Hansen, R. L., Hartiala, J., Allayee, H., Schmidt, L. C., Tassone, F., & Hertz-Picciotto, I. (2012). Maternal periconceptional folic acid intake and risk of autism spectrum disorders and developmental delay in the CHARGE (CHildhood Autism
Risks from Genetics and Environment) case-control study. The American journal of clinical nutrition, 96(1), 80–89. https://doi.org/10.3945/ajcn.110.004416
5. Maureen, B. (2008). Effects of B-12 and folate deficiency on brain development in children. Food and nutrition bulletin. 29. S126-31. 10.1177/15648265080292S117.
6. Miller, B.J., Murray, L., Beckmann, M., Kent, T., Macfarlane, B., (2013). Dietary supplements for preventing postnatal depression. Cochrane Database of Systematic Reviews, Issue 10. Art. No.: CD009104. DOI: 10.1002/14651858.CD009104.
7. Yan, J., Liu, Y., Cao, L., Zheng, Y., Li, W., & Huang, G. (2017). Association between Duration of Folic Acid Supplementation during Pregnancy and Risk of Postpartum Depression. Nutrients, 9(11), 1206. https://doi.org/10.3390/nu9111206
8. Huskisson, E., Maggini, S., & Ruf, M. (2007). The Role of Vitamins and Minerals in Energy Metabolism and Well-Being. Journal of International Medical Research, 277–289. https://doi.org/10.1177/147323000703500301
9. Recommended Nutrient Intake for Malaysia (RNI) 2017.
PRODUK BERKAITAN
B-Complex Plus with Folic Acid