Kehamilanku yang Sihat dan Menggembirakan
Saya adalah seorang doktor gigi berusia 29 tahun, ibu kepada tiga orang anak yang comel dan Usahawan Shaklee yang berjaya.
Ketika mula-mula menjadi pengguna Shaklee dahulu, saya tidak pernah terfikir akan pergi sejauh ini. Pada awalnya saya mencari cara untuk meningkatkan tahap tenaga yang disebabkan oleh kesibukan bekerja dan gaya pemakanan yang tidak sihat. Namun saya selalu mahukan yang terbaik untuk keluarga dan Vivix® memberikan saya peluang itu! Dengan tahap tenaga yang lebih baik, saya boleh memberikan penjagaan lebih rapi kepada keluarga dan dapat menguruskan rumah tangga dengan lebih mudah.
Dengan adanya produk Shaklee yang menyokong kesihatan saya, saya dapat melakukan hampir kesemua perkara! Ia memudahkan saya menyusukan anak dan mempunyai banyak tenaga untuk terus bekerja dengan lancar. Bayangkan, seorang ibu yang mempunyai dua anak kecil dan sedang hamil dengan anak ketiga, masih bekerja dan pada masa yang sama menguruskan perniagaan Shaklee. Bahkan, saya juga boleh memandu dalam perjalanan yang jauh untuk bertemu ahli keluarga kerana saya berada dalam hubungan jarak jauh. Dengan Shaklee Effect yang mengagumkan ini, saya mengambil keputusan untuk kongsikan kebaikan produk Shaklee kepada orang lain.
Bermula sebagai pengguna, Shaklee telah memberikan saya momen yang luar biasa. Sepanjang empat tahun perjalanan saya dengan Shaklee, saya berjaya meraih banyak pencapaian hebat. Paling penting bagi saya adalah memperkenalkan Shaklee kepada ramai bakal ibu atau ibu baru yang mencari solusi bagi masalah yang mereka hadapi semasa hamil dan selepas melahirkan anak. Saya bersyukur dapat menyentuh banyak kehidupan dan membantu mereka mempunyai kehamilan yang lancar, kehidupan yang lebih sihat dan peluang untuk membina masa depan yang lebih baik.
Tidak perlu lagi tercari-cari, Shaklee kan ada!
ISMATUL NABILA ISMAIL
29, Selangor